Undang-undang Laut Melaka Pdf

Posted on  by
Undang-undang Laut Melaka Pdf

Font Hindi Style. Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang • 1. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) BAHAGIAN EMPAT: PENSEJARAHAN BERBENTUK UNDANG-UNDANG  Undang-undang merupakan satu susunan peraturan dan ketentuan yang dibuat oleh badan pemerintah sesebuah negara.  Dalam zaman feudalisme Melayu, terdapat undang-undang yang telah direkodkan dalam bentuk penulisan yang boleh menjadi rujukan kepada kerajaan yang memerintah dan pemerintah selepasnya.  Antara undang-undang bertulis yang terdapat di alam Melayu termasuklah Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Undang-undang 99 Perak, Undangundang Kedah, Undang-undang Kedah dll.  Selain menjadi panduan kepada para pemerintah, undang-undang bertulis di alam Melayu ini juga menjadi antara sumber pensejarahan penting kepada Malaysia. HUKUM KANUN MELAKA  Hukum Kanun Melaka juga dikenali sebagai Undang-undang Darat Melaka atau Risalah Hukum Kanun.

 Para sejarawan berpendapat, Undang-undang Melaka disusun dan ditulis pada zaman Sultan Muzaffar Syah berdasarkan daripada Sejarah Melayu supaya segala peraturan itu dihimpunkan “. Software Tulisan Arab Untuk Komputer Swiat more. Supaya jangan lagi bersalahan adat segala hukum menterinya”.

Terbahagi kepada dua iaitu Undang-undang Laut Melaka dan Undang-undang Darat / Hukum Kanun Melaka yang ditulis pada zaman pemerintah Sultan Muzaffar Shah dan. Undang-undang Laut Melaka merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan laut seperti peraturan pelayaran, tatacara jualbeli di atas kapal. Undang Undang Laut Melaka Undang Undang Laut ialah naskhah undang undang atau hukum yang digunakan dalam pelayaran. Undang Undang Laut yang berasal dari zaman.

 Walaubagaimanapun, Undang-undang Melaka telahpun wujud sejak zaman Megat Iskandar Syah seperti yang ditulis dalam Sejarah Melayu yang “.memerintah istiadat kerajaan baginda”. Oleh itu, Undang-undang Melaka telah pun wujud sejak zaman awal pengasasan Melaka.  Undang-undang Melaka mengandungi 44 fasal mengenai kuasa dan bidang kuasa raja dan pembesar-pembesar, pantang larang masyarakat umum, hukuman ke atas kesalahan jenayah dan undang-undang keluarga. Hazmanazhar© 2013 1 • Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Beberapa fasal yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka adalah berdasarkan undang-undang Islam dan menampakkan pengaruh Islam dalam pemerintahan Melaka.  Antara pengaruh Islam yang jelas dalam undang-undang di Melaka adalah hukum hudud seperti hukum potong tangan kepada pencuri. Dalam Sejarah Melayu misalnya ada menyebut hukuman tersebut sebagai “kudung tangannya”. (Muhammad Yusoff Hashim,1989)  Undang-undang “kudung tangan” ini telah dikuatkuasakan ketika pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah.

Hukum Kanun Melaka menyebut, “Adapun jikalau ia mencuri, maka tertangkap lalu dibunuhnya maka kenalah denda dia setengah harganya. Adapun pada hukum Allah orang yang mencuri itu tiada harus dibunuh, melainkan dipotong tangannya.”  Selain itu, hukum-hukum Islam lain yang dapat dilihat dalam Hukum Kanun Melaka termasuklah bab jual beli dan nikah kahwin.  Contohnya, Fasal 30 dalam Hukun Kanun Melaka menjelaskan larangan menggunakan riba dalam urusan perniagaan, “.pada menyatakan hukum orang yang berniaga itu dan haram atas segala yang mengambil riba”.  Walaupun Islam mempengaruhi penggubalan undang-undang Melaka, tradisi setempat masih dikekalkan dalam undang-undang misalnya dalam Hukum Kanun Melaka (Fasal 13:3) menyebut sesiapa yang “berjual titah” (memalsukan titah) akan dikenakan samada hukuman bunuh, dibelah lidah atau dikupas kulit kepala.  Hukuman sebegini adalah hukuman tradisi yang diamalkan sejak periode pra-Islam dan bukanlah satu daripada ajaran Islam.